PAPAR: Komitmen kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan segera RM80 juta bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah ialah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara sekali gus memperkasa kemudahan kesihatan di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu semalam, Hajiji berkata pihaknya melahirkan penghargaan dan berterima kasih kerana kerajaan Persekutuan kerana amat memahami keperluan Sabah dan kepentingan rakyatnya.
"Dengan pengumuman ini, kita (kerajaan Sabah) amat senang hati kerana ini akan memudahkan pesakit jantung di Sabah, tidak lagi perlu dihantar ke Kuala Lumpur tetapi (rawatan) hanya boleh dilakukan di Kota Kinabalu.
"Inilah yang kita mahukan kerana aspek kesihatan cukup penting. Bukan sahaja kesihatan, tetapi juga pendidikan dan sebagainya. Kerajaan Persekutuan amat memahami dan ini amat kita hargai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang juga Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Semalam, Perdana Menteri ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan berkata Pusat Jantung Negara di Sabah itu bakal menjadi pusat rawatan jantung kedua terbesar negara selepas Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Penubuhan pusat itu berikutan kapasiti perkhidmatan kardiologi di Sabah yang terbatas sehingga menyebabkan ramai terpaksa mendapatkan rawatan di luar khususnya di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
Hajiji (kanan) bersama bekas Ketua Menteri Sabah,Tan Sri Musa Aman ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Papar di Dewan SMK Pengalat Paoar hari ini. - Foto Bernama
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
FBI tawar ganjaran AS$10 juta tangkap pembangun perisian tebusan Lockbit
PERISIAN tebusan Lockbit menyerang dunia siber sejak 2019 tetapi mula mendapat perhatian orang ramai selepas syarikat terkemuka seperti Thales, Royal Mail, TSMC dan Continental menjadi mangsa.
Penyanyi pop yeh yeh, A Halim meninggal dunia
Penyanyi irama pop yeh yeh, Datuk A Halim meninggal dunia di Hospital Penawar Pasir Gudang hari ini.
Pegawai kanan Parti Kongres India letak jawatan selepas keluar kenyataan rasis
Seorang pegawai kanan Parti Kongres India meletak jawatan selepas beliau membuat kenyataan didakwa rasis.
Faisal Halim jalani pembedahan ketiga petang ini
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani proses pembedahan ketiga petang ini selepas kejayaan pembedahan pertama dan kedua.
Tun Daim mohon kesnya didengar hakim lain
Tun Daim memohon untuk memindahkan kes gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan 70 aset hartanya dan satu akaun bank, dipindahkan dan didengar hakim mahkamah lain.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.
Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.
282 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah
Seramai 282 jemaah haji yang menaiki penerbangan pertama (KT1) dari Malaysia, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, di Madinah hari ini.
Hormat keputusan Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih - Zainal Abidin
Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan meminta semua pihak menghormati keputusan Selangor FC untuk tidak hadir bagi meneruskan perlawanan Piala Sumbangsih.
Penubuhan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan Kerajaan Persekutuan - Hajiji
Komitmen kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan Pusat Jantung Negara di Sabah bukti keprihatinan dalam memastikan kebajikan rakyat terpelihara.